From The Union to the now former Brunei High Commissioner to the United Kingdom & Eire

Screen Shot 2018-02-01 at 12.46.27 PM TYT

Dengan kalimat Bismillahir Rahmanir Rahim,

Kami dari Majlis Tertinggi Persatuan Penuntut-Penuntut Negara Brunei Darussalam di United Kingdom & Eire ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah di atas perlantikan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Mantan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom & Ireland, yang telah sahaja baru dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Alhamdulilah, kami sangat bersyukur telah dipertemukan dengan pemimpin yang sentiasa memedulikan rakyat Brunei di United Kingdom dan Ireland. Tidak dinafikan lagi pertemuan ini akan sentiasa menjadi ristaan dan kenangan bersama yang manis di sepanjang zaman.

Dengan tulus ikhlas, kami ingin merakamkan terima kasih atas jasa Yang Berhormat dalam memperkasa & melindungi integriti, pandangan & kejayaan penuntut-penuntut Brunei di perantauan khususnya di United Kingdom & Ireland. Semoga Allah Subhanallahu Wa Ta’ala akan sentiasa memberkati setiap langkah yang dipilih oleh Yang Berhormat.

Wassalam.

Dari kami,
Majlis Tertinggi Persatuan Penuntut-Penuntut Negara Brunei Darussalam di United Kingdom & Eire