Pelita Brunei: ‘Pembelajaran, Kesejahteraan Pelajar Seberang Laut Terus Dipantau’

WhatsApp Image 2017-08-07 at 11.20.05 PMThe Brunei Students’ Union together with the Ministry of Education will go hand-in-hand to help monitor and tackle issues on student education & welfare abroad.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 Ogos. – Dalam usaha ke arah memastikan pengajian, kesejahteraan, keselamatan serta kepentingan-kepentingan lain dan dalam mengetahui akan usaha-usaha dan perkembangan-perkembangan terkini mengenai pendidikan,  Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan telah mengadakan Majlis Ta’aruf bersama Ahli-Ahli Baharu Brunei Students’ Union 2017/18 bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK).
Brunei Students’ Union telah ditubuhkan sejak tahun 1959 di mana kesatuan ini diasaskan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abdul Aziz bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar dengan tujuan murni untuk memeduli serta mengelinga pelajar-pelajar seberang laut baik dari segi akademik, kesejahteraan dan kokurikulum.
Dalam majlis tersebut Pemangku Ketua Bahagian Biasiswa, Cikgu Julaihi bin Mohamad / Mohamat dalam ucapannya, mengalu-alukan kedatangan Ahli-Ahli Baharu Brunei Students’ Union 2017/18 dan menyatakan bahawa majlis ta’aruf ini bertujuan untuk mengongsisama usaha-usaha serta perkembangan-perkembangan terkini mengenai pengajian, kesejahteraan, keselamatan serta kepentingan-kepentingan lain dan untuk mendengar idea-idea baru daripada pelajar.
Cikgu Julaihi menambah bahawa Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Biasiswa akan terus menerus berusaha di dalam memastikan pembelajaran dan kesejahteraan pelajar akan dipantau dari masa ke semasa dan terarah agar Wawasan Brunei 2035 dapat direalisasikan.
Majlis perjumpaan disudahi dengan sesi soal jawab.
Article taken from: http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita/NewDisplayForm.aspx?ID=11804