Nasyid Extravaganza 2010
Edited 04/06/2010 – UPP has updated the event date. The Nasyid Competition will now take place on the 12th of June 2010
Message from the UPP.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Berita baik bagi pengemar-pengemar nasyid! Komiti Keugamaan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam, akan menganjurkan Pertandingan Nasyid. Pertandingan ini bertujuan:
- Untuk Merenungi lagu-lagu nasyid, yang mana kita tahu banyak bertemakan Islam.
- Untuk mengeratkan sillaraturahim antara pelajar-pelajar dan juga penduduk-penduduk Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom.
- Membuka pengalaman bernasyid.
Tempat / Venue:
Brunei Hall
London
Tarikh / Date:
2pm
12hb June 2010
Pendaftaran / Registration:
- Tarikh tutup pendaftaran: Selasa, 2 hb June 2010
- Nama kumpulan, nama-nama perserta, lagu yang akan di sampaikan dan number telephone ketua kumpulan hendaklah di hantar semasa mendaftar.
- Kumpulan bolehlah mendaftar atau menghadapkan sebarang pertanyaan kepada Ustaz Haji Raminey (ro [at] upp.org.uk) atau Rasid Bin Haji Ali (religious.secretary [at] bsunion.org)
- Jadual dan aturcara majlis akan di sebarkan kepada kumpulan-kumpulan, Insya Allah,dua minggu sebelum pertandingan
Peraturan-peraturan Kemasukan:
- Warga Negara Brunei Darussalam.
- Kumpulan hendaklah tidak melebihi 5 orang.
- Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan satu buah lagu samada lagu nasyid tradisi atau lagu nasyid modern dan hendaklah disampaikan dalam masa tidak lebih dari lima minit. Nasyid tradisi bermaksud lagu yang mengandungi unsur-unsur antaranya bayati, nahwan, sikah, ras, sobah dan hijaz. Manakala lagu nasyid moden ialah lagu selain daripada lagu tradisi tetapi hendaklah tidak termasuk rentak seperti rock, heavy metal, Jazz, Hip Hop dan Rap.
- Seni kata lagu hendaklah dalam bahasa Melayu, Inggeris (English), Arab ataupun gabungan bahasa-bahasa tersebut.
- Pakaian para perserta hendaklah sopan dan sesuai dengan nilai-nilai islam serta menutup aurat.
- Peralatan pembesar suara akan disediakan. Alat-alat music seperti gendang bolehlah di bawa. Cekera padat (CD) juga boleh digunakan.
- Perserta-perserta akan di anugerahkan sijil penyertaan dan kepada pemenang-pemenang pertandingan ini akan menerima Hadiah.
- Keputusan Pengadil adalah muktamad semasa pertandingan nanti.
Sekian, Semoga Allah merahmati apa saja yang kita usahakan.
Salam Sejahtera.
4 Responses to “Nasyid Extravaganza 2010”
Leave a Reply

Assalamualaikum, kan betanya, bila aturcara majlis akan di umumkan? macam pukul brapa majlis mula,siapa yang ikut bertanding, etc.
I don’t have the details. I will forward your question to our Religious Officers and get an answer as soon as I can.
Assalamualaikum Bruwick,
majlis akan berlangsung pada pukul 2.00pm. Details of the competition is with Ustaz Raminey, because of this we cannot give you the details due his busy schedule this week. Bruwick kan join? Sempat lagi ikut ni, just submit in your group name and participants names.
Waalaikumussalam R.O Sec,
Bukan inda mau, tapi malangnya kebanyakan kami masih exams time ani. Oh, start pukul 2pm. Baiknya di publishkan timenya ni. Takut urng lain pun tertanya2. Udah di maklumkan rah members pasal nasyid. Harap2 yng udah abis exam, dpt dtg nanti, wakil urng Warwick
Btw Adrian,
Please change our website address to bruneiwarwicksociety.blogspot.com. thank you.